BM  | EN
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

HUBUNGI KAMI

Kementerian
Perancangan Sumber
dan
Alam Sekitar

Tingkat 3, Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium, Petra Jaya,
93050 Kuching,Sarawak


 

+6 082 313 823

+6 082 313 810

abduls10@sarawak.gov.my
Kemaskini Pada: 23 Mei 2017
Versi 8.0.1
Kabinet negeri kekal
Tarikh 02 Feb 2017

KUCHING: Barisan kabinet negeri dikekalkan untuk sementara dan rombakan baharu akan dibuat pada masa sesuai, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau berkata, secara umumnya tiada perubahan dalam barisan kabinet pada waktu ini, hanya tambahan portfolio melibatkan Kementerian Kewangan yang kini dikenali Kementerian Kewangan dan Perancangan Ekonomi.

“Buat masa ini, saya mahu menumpukan untuk meneruskan apa yang telah dilaksanakan oleh Allahyarham (bekas) Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan saya akan melakukan rombakan kabinet apabila tiba masanya nanti,” ujarnya pada sidang media selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-Menteri Muda, semalam.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Abang Johari di Dewan Lapau Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Kabinet itu menyaksikan Abang Johari memegang empat portfolio dengan dua daripadanya diambil alih daripada Allahyarham Adenan, iaitu Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar.

Manakala, dua kementerian sedia ada kekal disandangnya iaitu sebagai Menteri Perumahan dan Urbanisasi serta Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Sementara itu, Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi Kedua kekal dijawat oleh Dato Sri Wong Soon Koh dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kekal sebagai Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua.

Pada majlis berkenaan, tujuh daripada lapan menteri penuh mengangkat sumpah bagi membarisi kabinet di bawah kepimpinan Abang Johari, selain 18 menteri muda yang turut dikekalkan.

Majlis angkat sumpah didahului Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, sementara Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan tidak hadir pada majlis atas urusan rasmi di luar negara.

Oleh Patricia Gari, Jessica Jawing dan Agnes Tugong

Sumber: http://www.theborneopost.com/2017/01/20/kabinet-negeri-kekal/

Sumber Berita: The Borneo Post