BM  | EN
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

HUBUNGI KAMI

Kementerian
Perancangan Sumber
dan
Alam Sekitar

Tingkat 3, Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium, Petra Jaya,
93050 Kuching,Sarawak


 

+6 082 313 823

+6 082 313 810

abduls10@sarawak.gov.my
Kemaskini Pada: 21 Jul 2017
Versi 8.0.2
Pelbagai modul pengajaran, aktiviti dijalan pelihara, pulihara alam sekitar
Tarikh : 30 Sep 2016  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

September 26, 2016, Monday

KUCHING: Pelbagai modul pengajaran dan aktiviti telah dijalankan di setiap peringkat bagi memelihara dan memulihara alam sekitar yang lebih mapan kata Ketua Penolong Pengarah Kanan (Penguatkuasaan) JAS Amirul Aripin semalam.

Beliau yang mewakili Pengarah JAS Negeri Azuri Azizah Saedon pada Majlis Penutupan Kem Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon Tahun 2016 di Kubah National Park, bagaimanapun berkata usaha tersebut harus dipertingkatkan lagi menerusi modul pengajaran yang telah disediakan di bawah United Nations Enviroment Programme (UNEP).

“Modul UNEP khusus bagi mendidik serta memupuk minat generasi baharu dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang lebih mapan.

“Di peringkat nasional pelbagai aktiviti dianjurkan oleh semua lapisan golongan masyarakat sama ada di peringkat swasta, institusi pendidikan dan agensi-agensi kerajaan.

“Antaranya adalah promosi produk mesra ozon, program-program khas kesedaran, program khidmat nasihat industri hijau serta penganugerahan industri hijau kepada premis-premis yang telah memberi komitmen dalam mengurangkan sisa karbon,” katanya.

Dengan itu, pihak JAS dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) telah membawa 65 pelajar SAKURA bersama 15 tenaga pengajar dan urus setia daripada pelbagai agensi termasuk JAS sendiri bagi kem dua hari bermula 24 September itu.

Malah, pihak JAS turut mengambil pendekatan yang proaktif melalui penggubalan undang-undang dan peraturan yang menjurus kepada pematuhan kendiri yang telah diamalkan oleh negara-negara maju.

Beliau menegaskan bahawa JAS mengambil tindakan penguatkuasaan bagi tujuan melarang tindakan tersebut tetap diteruskan bagi sebarang ketidakpatuhan termasuk tindakan mahkamah.

Amirul berkata kem tersebut diadakan bagi menyokong sambutan Hari Ozon Kebangsaan yang disambut pada 16 September setiap tahun sejak dimulakan pada 1995 oleh negara-negara ahli Protokol Montreal, mengenai bahan pemusnah ozon di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Ia bertujuan memberi kesedaran awam tentang betapa pentingnya untuk manusia sejagat melindungi lapisan ozon daripada ancaman Bahan Pemusnah Ozon (BPO) seperti klorofluorokarbon (CFC).

Tema sambutan tahun ini adalah ‘Ozone and Climate: Restored by a World United’ dan dikuatkan lagi dengan slogan ‘Working towards reducing global-warming HFCs under the Montreal Protocal’ serta usaha SAKURA harus diteladani dan dicontohi insitusi-insitusi pendidikan lain di negeri ini.

Beliau turut meluahkan rasa gembira kerana ramai warga pendidik di peringkat sekolah rendah dan menengah di seluruh dunia menganjurkan aktiviti dalam dan luar kelas yang memberi tumpuan kepada topik yang berkaitan dengan kesedaran tentang lapisan ozon, perubahan iklim dan impak kepada alam sekitar seperti isu penipisan lapisan ozon.

Justeru beliau berharap usaha tersebut akan diteruskan setiap tahun bagi menangani isu-isu pemanasan global dan perubahan iklim dapat ditingkatkan dalam usaha kita memelihara dan memulihara alam sekitar

Turut hadir Dekan Fakulti Kejuruteraan UNIMAS Profesor Madya Dr Al-Khalid Othman dan Pengetua SAKURA Norisah Suhaili.