BM  | EN
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

HUBUNGI KAMI

Kementerian
Perancangan Sumber
dan Alam Sekitar

Tingkat 3, Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium, Petra Jaya,
93050 Kuching,Sarawak


+6 082 313 823

+6 082 313 810

abduls10@sarawak.gov.my
  MOBILE WEB

qr code for mobile web

 

Kemaskini Pada: 29 Mac 2017
Versi 8.0.1
K’jaan sentiasa prihatin isu alam sekitar: Masing
Tarikh 29 Sep 2016

Kerajaan negeri hanya membenarkan projek mega dibangunkan selepas kajian EIA dilakukan

September 26, 2016, Monday
Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kerajaan negeri hanya membenarkan projek mega dibangunkan selepas kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dilakukan.

Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing sambil menambah, cadangan-cadangan daripada kajian EIA dipatuhi secara ketat dalam pelaksanaan projek berkenaan.

“Saya menghargai kebimbangan disuarakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar termasuk Save Sarawak River Campaign (SSRC) mengenai perlunya menyelamatkan sungai-sungai kita.

“Ini kerana sentimen SSRC menentang membina empangan hidroelektrik (HEP) ialah ia akan memusnahkan flora dan fauna di situ. Saya memahami perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau bagaimanapun berkata ketika asyik berhujah melindungi alam sekitar, kita pada masa sama harus menyeimbangi keperluan melindungi dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

Oleh itu tambahnya, kajian EIA adalah satu kemestian sebelum sebarang projek mega dibangunkan di Sarawak.

“(Namun) apa yang saya dapati ialah ironinya, rata-rata ahli NGO alam sekitar tinggal di kota dan bandar besar, menikmati kemudahan-kemudahan moden disediakan hasil pelaksanaan projek mega yang mereka tolak sebelum ini.

“Jika mereka tinggal di rumah panjang di Ulu Baram atau Ulu Baleh, bantahan mereka kepada pembangunan HEP lebih boleh dipercayai,” ujarnya.

Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan merangkap ADUN Baleh berkata beliau tiada masa untuk berbalah dengan SSRC yang menolak jalan dengan pembinaan HEP sedang dibina.

Pembinaan HEP Baleh katanya, bertujuan membawa manfaat kepada penduduk pedalaman di situ khasnya gaya hidup abad ke-21.

“Jika SSRC tidak mahu jalan akses ke Ulu Baram, itu pilihan mereka! Tetapi tolong jangan menghalang Iban di Ulu Baleh daripada menikmati kemudahan-kemudahan empangan HEP ditawarkan pada masa akan datang.

“Saya menghormati keputusan SSRC tidak mahu jalan dibina di Ulu Baram tetapi jangan campur tangan dengan Iban Baleh kerana mereka perlu bergerak ke hadapan,” tegasnya.

“Saya juga menghormati keputusan penduduk Ulu Baram tetapi tolonglah membalasnya dengan menghormati saya untuk menghubungkan Ulu Baleh dengan jalan raya,” tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu Masing berkata keperluan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar tidak boleh diketepikan dalam pembangunan sosioekonomi rakyat.

Jelasnya falsafah pembangunan menekankan tiga aspek utama iaitu manusia, bumi dan keuntungan (3P) dan dalam usaha mengimbangi keperluan individu ketiga-tiga aspek falsafah pembangunan itu harus dilakukan bersama.

“Keupayaan manusia ialah memanfaat sumber air bagi menjana tenaga elektrik bersih, murah dan mapan bagi keperluan industri dan domestik. Ini anugerah Tuhan.

“Kebolehan ini mesti dan seharusnya dibangunkan sepenuhnya demi kebaikan umat manusia,” katanya.

Sumber Berita: Utusan Borneo