BM  | EN
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

HUBUNGI KAMI

Kementerian
Perancangan Sumber
dan
Alam Sekitar

Tingkat 3, Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium, Petra Jaya,
93050 Kuching,Sarawak


 

+6 082 313 823

+6 082 313 810

abduls10@sarawak.gov.my
Kemaskini Pada: 29 Mei 2017
Versi 8.0.1
Mengurus Perubahan Budaya
Tarikh 29 Sep 2016

Mengurus perubahan budaya menjurus kepada usaha membantuk sikap individu dan kumpulan dalam organisasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) berdasar enam (6) nilai bersama.

  1. Integriti adalah ibu kepada segala nilai. Dalam konteks perkhidmatan awam, integriti bermaksud jujur, amanah dan berakauntabiliti yang diterjemahkan melalui ketelusan, keadilan dan kesaksamaan dalam tindak- tanduk.

  2. Baik hati dan prihatin adalah aspek empati dan keprihatinan dalam pelaksanaan tugas seharian baik terhadap rakyat mahupun rakan sekerja. Nilai baik hati dan prihatin akan mewujudkan suasana harmoni dan muhibah di tempat kerja kerana didasari rasa ikhlas dan setiakawan.

  3. Profesionalisme merujuk kepada kompetensi kerja dan kendiri yang tinggi serta sikap yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Profesionalisme penjawat awam adalah kebolehan untuk bertindak adil, telus, patuh kepada peraturan dan arahan tanpa mengira status atau pertalian. Kepentingan organisasi diberi lebih keutamaan daripada kepentingan individu.

  4. Sikap kesegeraan dan semangat sepunya memerlukan penjawat awam bertindak dengan cepat tanpa melengah-lengahkan masa. Nilai ini menuntut agar tugas yang dilaksanakan adalah atas dasar tanggungjawab dan kesetiaan kepada organisasi.

  5. Semangat Berpasukan adalah kemahuan yang kukuh bagi menjalin hubungan antara individu dan kumpulan dalam melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai matlamat yang sama. Semangat ini diamalkan melalui kerjasama, komitmen serta interaksi yang harmoni melalui pertukaran idea dan pengalaman.

  6. Berorientasikan Hasil bermaksud minda dan tindakan yang berfokus kepada hasil dan impak. Elemen penting bagi mencapai berorientasikan hasil dalam menjalankan tugas adalah SMART iaitu specific, measurable, achievable, realistic dan timeline. Hal ini bermakna PANS perlu memastikan setiap tindakan yang diambil perlu dirancang dengan teliti dengan mengambil kira semua elemen ini dan bukan bertindak secara melulu.

Sumber : Garis Panduan Mengurus Perubahan Budaya Bil 1 Tahun 2013
& SCS 10-20 Pelan Tindakan