BM  | EN
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

HUBUNGI KAMI

Kementerian
Perancangan Sumber
dan Alam Sekitar

Tingkat 3, Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium, Petra Jaya,
93050 Kuching,Sarawak


+6 082 313 823

+6 082 313 810

abduls10@sarawak.gov.my
  MOBILE WEB

qr code for mobile web

 

Kemaskini Pada: 29 Mac 2017
Versi 8.0.1
Rakyat harus sedar kepentingan jaga alam sekitar
Tarikh 09 Jun 2016

Tarikh Terbit: Ahad 5 Jun 2016
Oleh Henrietta Liza

Lakukan perubahan sikap dalam usaha menjaga alam sekitar demi generasi akan datang: Wan Junaidi

KUCHING: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyeru seluruh rakyat agar menyedari kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan flora, fauna serta alam sekitar.

Menurut beliau, Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut setiap tahun harus menjadi permulaan kepada perubahan sikap dalam usaha menjaga alam sekitar bagi generasi akan datang.

“Kita bukan sahaja akur dengan kehendak negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi juga untuk menjaga alam sekitar supaya kelihatan cantik dan terjaga.

“Ini khususnya hutan kita supaya ia sentiasa menjadi seperti yang telah diucapkan oleh Perdana Menteri di Copenhagen pada 2014 bahawa liputan hutan kekal di negara ini adalah tidak kurang daripada 50 peratus,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Wan Junaidi berkata, hutan menghasilkan oksigen justeru adalah penting bagi setiap lapisan masyarakat menyedari betapa pentingnya hutan kepada ekosistem kehidupan.

Katanya, hutan simpan di Sarawak dan hutan rizab di Semenanjung Malaysia masih dikekalkan kerana mempunyai nilai estetik yang tinggi serta nilai warisan, maka beliau sendiri telah merangka undang-undang bagaimana mengeksploitasikan kekayaan biodiversiti secara mapan untuk negara.

Eksploitasi berkenaan, jelasnya, boleh membawa kebaikan dari sudut persekitaran sosial malah ekonomi dengan tidak akan menyebabkan kehilangan yang besar kepada sumber biodiversiti negara.

“Dari sudut hutan, kita kurangkan pembalakan dengan memotong pokok tetapi kita beri peluang untuk menjalankan aktiviti kembara hutan dan cara-cara lain.

“Setiap negeri juga tidak digalakkan untuk mengeksport kayu balak mentah tetapi kita guna nilai tambah iaitu membalak secara sedikit tetapi mendapat untung yang banyak,” katanya lagi.

Beliau juga mendedahkan bahawa pengguna kenderaan di Malaysia akan diperkenalkan dengan minyak petrol Euro 4 yang akan duguna pakai bermula 2018 dan ditukar kepada petrol dan diesel jenis Euro 5 menjelang 2025 bagi menyokong usaha tersebut.

Kedua-dua minyak tersebut dipercayai menghasilkan pengeluaran karbon yang amat rendah berbanding penggunaan minyak petrol sedia ada sekarang.

Pada masa sama, beliau menyarankan agar lebih banyak negeri memperkenalkan penggunaan tenaga diperbaharui sebagimana yang dilaksanakan di Sarawak.

Namun, tegasnya, ia perlu mengikut panduan tertentu agar hidro mini dan laluan paip air tidak membinasakan hutan.

Bagi mengatasi masalah bekalan air semasa musim kemarau, katanya, kerajaan akan melaksanakan satu sistem pemindahan sumber air dari negeri yang mempunyai tadahan besar kepada kawasan mempunyai tadahan kecil air di seluruh negara.

“Saya telah berbincang dan program itu akan dibentangkan kepada kerajaan dan Majlis Air Negara telah menerima cadangan kami supaya ia dilaksanakan dalam masa terdekat. Kita akan berusaha mencari penyelesaian untuk melaksanakan prasarana untuk pemindahan air tersebut dengan segera,” tambahnya.

Ia bukan sahaja untuk keperluan asas tetapi juga bakal memanfaatkan industri, pertanian dan alam sekitar yang mana akan dilaksanakan dengan dasar dan perundangan yang komprehensif dan holistik demi kebaikan bersama, katanya.

Wan Junaidi turut menyatakan bahawa pihaknya menyasarkan 10 peratus daripada perairan negara sebagai kawasan jagaan Taman Marin (Laut).

“Laut kita cukup kaya terutama di Sarawak terdapat pulau-pulau di perairannya yang telah menjadi taman perlindungan flora, burung dan binatang laut.

“Laut Miri masih terdapat banyak karangan laut yang akan diisytiharkan sebagai Taman Laut untuk dijaga oleh pihak kita.

“Saya akan berbincang dengan kerajaan negeri supaya memperbanyakkan kawasan negeri yang kita gazetkan dan daftar sebagai Taman Laut.

“Langkawi juga terdapat tuga lagi pulau untuk diisytiharkan sebagai kawasan Taman Laut maknanya kawasan pulau ini tidak boleh dieksploitasi dengan cara-cara lain dan untuk menjaga kehidupan laut, darat dan sebagainya.

“Ini juga membawa kebaikan kepada kita, saya sudah menjalankan lawatan ke sebuah pulau yang dinamakan Pulau Paya di Langkawi mempunyai sumber laut yang elok, terumbu karang, ikan dan jerung dan menjadi jagaan pihak berkuasa,” ujarnya.

Mengulas mengenai hujan batu yang berlaku di Kuala Lumpur kelmarin, Wan Junaidi berkata ia dipercayai berpunca daripada pergeseran udara dan wap di atas awan dengan tindak balas kimia yang menyebabkan ketulan air berbentuk ais turun.

Menurut beliau, ia bukan benda yang asing sejak sekian lama telah berlaku sekitar tahun 60-an, ribut taufan turut berlaku di kawasan utara, Kedah dan Perlis termasuk Sarawak.

Bagimanapun, ia menjadi viral di kawasan bandar ekoran penggunaan media sosial tetapi di kampung ia tidak menjadi bualan ia bukan petanda apa-apa cuma fenomena La Nina berlaku selepas berakhirnya selepas El Nino, katanya.