BM  | EN
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

HUBUNGI KAMI

Kementerian
Perancangan Sumber
dan
Alam Sekitar

Tingkat 3, Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium, Petra Jaya,
93050 Kuching,Sarawak


 

+6 082 313 823

+6 082 313 810

abduls10@sarawak.gov.my
Kemaskini Pada: 28 Jun 2017
Versi 8.0.2
Kursus Induksi Khusus dan Refresher Course 2017
Tarikh : 16 May 2017
 

Oleh: Abang Abdul Rahman Bin Salihin

Pihak kementerian telah mengadakan Kursus Induksi Khusus 2017 pada 02-04 Mei 2017 bertempat di Hotel Dormani, Jalan Ajibah Abol, Kuching. Kursus ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai yang adalah seperti di bawah:-

  • Pegawai-pegawai yang baru berkhidmat di dalam perkhidmatan awam negeri dan di kementerian ini;
  • Pegawai-pegawai yang baru menerima tawaran ke jawatan tetap di kementerian ini;
  • Pegawai-pegawai lain juga akan dijemput untuk menghadiri kursus ini (refresher course).

Tujuan Kursus Induksi Khusus 2017 ini diadakan sebagai:-

  • Salah satu pra syarat pengesahan dalam jawatan;

  • Salah satu pendekatan untuk mencapai jam berkursus dalam setahun;

  • Memberi pendedahan yang sama kepada pegawai-pegawai mengenai dasar utama kerajaan, rancangan dan program pembangunan negara;

  • Memberi penjelasan tentang sistem pentadbiran, prosedur-prosedur utama, arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling serta panduan-panduan Kerajaan;

    • Memberi kefahaman mengenai kaedah pengurusan serta keperluan-keperluan asas dan khusus bagi satu-satu perkhidmatan dan agensi; dan

    • Memupuk nilai dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota dalam Perkhidmatan Awam khususnya di kementerian ini.

    Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg Dr. Wan Lizozman Bin Wan Omar, Setiausaha Tetap, Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar pada 04 Mei 2017.