BM  | EN
Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

CONTACT US

MINISRY OF RESOURCE
PLANNING & ENVIRONMENT

Level 3, Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium, Petra Jaya,
93050 Kuching,Sarawak


 

+6 082 313 823

+6 082 313 810

abduls10@sarawak.gov.my
Last Update: 28 Jun 2017
Version 8.0.2
Message from the Minister of Resource Planning & EnvironmentMessage from the Minister of Resource Planning & Environment


Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh,

Orang ramai dipelawa untuk melayari sesawang Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar jika hendak mendapatkan maklumat berkait dengan perkhidmatan dan bantuan yang disediakan kepada khalayak ramai khususnya pelanggan kami dan amnya Kerajaan Negeri Sarawak.

Bersyukur kita kerana KPSAS dapat memaparkan maklumat penting melalui sesawang ini sesuai dengan perkembangan dunia siber dan tuntutan orang ramai yang semakin memerlukan maklumat pantas.

Dengan bermulanya agenda Rancangan Malaysia Ke-11 pada tahun 2016, KPSAS kini semakin rancak memacu usaha Kerajaan Negeri membangunkan Negeri Sarawak menerusi pelbagai inisiatif transformasi besar-besaran seperti NKRA, Transformasi Kerajaan, Transformasi Ekonomi, Transformasi Pertanian dan lain-lain.

Seperti yang tersirat dalam namanya, Kementerian ini ditubuhkan khusus untuk menerajui dan menguruskan pembangunan negeri ini berpaksikan perancangan sumber serta pemeliharaan alam sekitar secara lestari. Usaha ini penting untuk memastikan sumber asli kita dapat menjanakan faedah yang maksimum dan berpanjangan kepada rakyat. Kementerian ini juga menjadi pelopor dan pemelihara alam sekitar yang sihat dan selamat untuk penduduk di negeri ini. Pihak kementerian sentiasa berkhidmat untuk memenuhi harapan rakyat dalam pelbagai perkara dengan bantuan pelbagai jabatan dan agensi di bawahnya. Pelanggan juga disarankan untuk melayari sesawang pelbagai jabatan dan agensi di bawah KPSAS untuk mendapatkan maklumat yang terperinci dan sesuai dengan kehendak dan keperluan masing-masing.
Kami amat menitikberatkan kepuasan pelanggan dalam urusan kami. Oleh yang demikian, apa-apa maklum balas dan komen tentang perkhidmatan kami, amatlah dialu-alukan. Penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke masa terhadap perkhidmatan kami khususnya dan Kerajaan Negeri amnya untuk memastikan pelanggan mendapatkan yang terbaik.

Kami bangga kerana dapat mewujudkan ruang maya ini untuk berinteraksi dengan pelanggan dengan cara yang cepat dan mudah, sesuai dengan perkembangan semasa yang menuntut maklum balas pantas terhadap keperluan pelanggan.

Pihak kementerian amat menyedari masalah dan kesulitan yang dialami oleh rakyat berkait rapat dengan perancangan sumber asli yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar. Kami telah mengambil segala langkah yang seperlunya dan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk memudahkan semua urusan dalam perkara berkenaan dengan berpandukan kaedah dan prosedur yang sedia ada.

Semoga ruang maya ini juga dapat menyediakan peluang kepada pelanggan untuk menyalurkan cadangan yang membina supaya kita dapat mencapai kepuasan bersama.
Selamat berinteraksi dengan kami melalui ruang maya ini.

Sekian, terima kasih.

 
(YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin  Ali Hasan)

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II
&
 Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan, Sarawak